Assalamualaikum :]
entry kali ini berkisah tentang syukur, yeah, bersyukur. heee. ini kerana semalam aku makan dekat TGC. hmm, makan sedap-sedap sehingga terlupa segala nikmat ini adalah kurniaan Allah. Allah yang Maha Esa. Allah yang beri rezeki kepada kita, kepada aku, kepada sesiapa yang dukehendakiNya. Alhamdulillah.
dalam perjalanan balik aku ternampak seorang budak lelaki hmm tak pastilah umur berapa tahun tp yg pasti dia diciptakan oleh Allah dalam keadaan yang tidak sempurna. ini kali pertama aku melihat seorang manusia memiliki kaki terbalik. seriously, aku rasa amat sedih. rasa nak turun kereta bawak budak lelaki itu balik rumah. rasa mcm aku terlalu banyak dosa. terasa umpama aku tak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri kepada aku selama ini. sedangkan orang lain bersusah payah bekerja untuk mencari sesuap nasi, untuk meneruskan kehidupan hari demi hari. T.T
walaupun budak lelaki tersebut kurang upaya, namun dia berupaya memimpin seorang ayah yang buta. MasyaAllah. sekali lagi aku terkelu. terasa diri aku terlalu kerdil, terlalu tidak berjasa kepada abah dan mak. ya Allah, orang kurang upaya lebih berjasa kepada ayahnya sedangkan aku nak membantu mak abah pun susah. sesungguhnya nikmat yang Allah beri ini tidak aku gunakan dengan sebaiknya. Ya Allah, aku yakin semua ini ada hikmahnya. segelintir manusia dilahirkan cacat tetapi mempunyai kelebihan dari segi lain. begitulah sebaliknya. Allah Maha Bijaksana. setiap yang berlaku pasti ada sebab dan alasan juga ada hikmah yang mungkin tersembunyi. Berdoalah kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui. mengadulah kepada Allah, kerana Allah Maha Mendengar. insyaallah segala doa akan dimakbulkan olehNya.
peringatan kepada diri ini sendiri dan orang lain :)
*ambillah iktibar agar hidup yang kita jalani tidak berakhir hanya dengan sia-sia. tiada guna hidup lama jika tidak berada di jalan yang benar
No comments:
Post a Comment